Maybank Akan Berhijrah Sepenuhnya Dari Sistem SMS OTP Ke Secure2U Menjelang Jun 2023

Diterbitkan pada Sep 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dua hari yang lalu, Bank Negara menggesa bank di Malaysia untuk berhenti menggunakan sistem pengesahan SMS OTP untuk sebarang bentuk transaksi memandangkan ia dilihat menjadi titik kelemahan pelbagai kes penipuan yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Hari ini Maybank menyahut gesaan Bank Negara dan mengesahkan mereka akan berhijrah sepenuhnya kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat melalui Secure2U menjelang Jun 2023 untuk aktiviti atau transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran serta perubahan kepada maklumat peribadi dan tetapan akaun.

Maybank telah memperkenalkan penggunaan Secure2U pada April 2017 sebagai cara yang lebih selamat dan mudah untuk pelanggan Maybank meluluskan transaksi Maybank2u dan MAE.

komen


© Amanz / 2022 Kami