Adobe XD merupakan salah satu perisian yang ditawarkan oleh Adobe dalam memudahkan pengguna untuk melakukan rekaan antaramuka dan juga prototaip untuk aplikasi, web, serta lain-lain. Ia juga bersaing dengan beberapa perkhidmatan lain, termasuk Figma.
Apa pun, baru-baru ini, Adobe telah mengumumkan bakal mengambil-alih Figma – sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya berkenaan masa depan Adobe XD.

Berkongsi mengenainya dalam temuramah, pihak Adobe mengatakan perisian Adobe XD akan disokong buat masa ini. Namun, syarikat akan menilai-semula keperluaannya selepas pengambil-alihan Figma selesai.
Ia dikatakan Adobe XD memberikan kesan yang sedikit dari segi produk dan perniagaan untuk pihak Adobe.
Apa pun, seperti biasa, segalanya tertakluk juga kepada permintaan pengguna, dan akan dinilai sepenuhnya selepas pengambil-alihan Figma selesai.