Carian
Siri Samsung Galaxy S23 Dijangka Dilancarkan Lebih Awal Berbanding Sebelum Ini
September 30, 2022 Aman

Sebelum ini, Samsung telah melancarkan siri Galaxy S22 pada bulan Februari, tetapi untuk versi akan datang, Samsung dijangka memperkenalkan telefon pintar mereka lebih awal berbanding sebelumnya.

Ia tidak diketahui tarikh pastinya buat masa ini, tetapi berkemungkinan ia diperkenalkan Disember atau Januari. Samsung dikatakan telah memaklumkan pengeluar komponen untuk mempercepatkan pengeluaran.

Samsung dilihat ingin bersaing dengan Apple, dan menawarkan peranti mereka sebagai respon kepada iPhone 14 yang baru sahaja dilancarkan dan dijual.

Samsung Galaxy S23 dijangka hadir dengan kamera 200-megapixel, selain sejumlah penambah-baikkan lain. Perkongsian terbaru ini hadir selari dengan ketirisan beberapa gambar pengolokkan Galaxy S23 pada minggu ini.

Komen