Carian
Twitter Menguji Pengenalan Paparan Video Dalam Bentuk Seumpama TikTok
September 30, 2022 Fahim Zahar

Twitter baru-baru ini telah mula memfokuskan kepada kandungan digital, seperti podsiar melalui Spaces. Kini mereka dilihat turut ingin fokus kepada kandungan video pula.

Akan datang, aplikasi Twitter di iOS akan memaparkan kandungan video dalam paparan skrin penuh untuk pengalaman menonton yang lebih imersif. Bukan itu sahaja, Twitter dilihat ingin fokus kepada kandungan video menegak seakan TikTok di mana pengguna boleh tatal tanpa henti untuk tonton pelbagai video lain.

Bukan itu sahaja, di tab Explore nanti turut akan ada karusel video untuk mencadangkan video-video popular. Ciri baharu ini akan tiba kepada pengguna iOS yang menggunakan Twitter dalam bahasa Inggeris terlebih dahulu.

Komen