Sokongan Paparan Koleksi NFT Di Facebook Dikembangkan Dan Ke 100 Negara Di Instagram

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. oleh .

Meta memberikan sokongan paparan koleksi NFT di Instagram dan Facebook pada bulan Mei lalu secara terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat. Hari ini semua pengguna di Amerika Syarikat boleh memaparkan koleksi NFT mereka di Facebook dengan menyambungkan dompet digital mereka dengan koleksi dipaparkan sebagai koleksi digital.

Di Instagram pula, sokongan memaparkan NFT kini boleh digunakan oleh pengguna di 100 negara. Seperti di Facebook, NFT yang dimuat naik ke Instagram akan mempunyai tag Digital Collectible untuk membezakannya dengan imej lain yang dipaparkan pada profil pengguna.

komen


© Amanz / 2023 Kami