PICO, salah satu syarikat dibawah Bytedance, telah pun memperkenalkan set realiti-maya mereka yang terbaru, iaitu PICO4 secara rasminya pada minggu lepas, dan kini dalam perancangan untuk melancarkan ia di Malaysia.
Mengikut perkongsian sosial, PICO mengumumkan mereka akan melancarkan PICO4 di Malaysia pada 12 Oktober kelak.
PICO4 hadir dengan rekaan moden untuk set realiti-maya, dan turut dilengkapi dengan dua alat-kawalan khusus. Melaluinya, pengguna boleh mengakses sejumlah kandungan, termasuk untuk permainan, pembelajaran, menonton video, dan lain-lain.
Buat masa ini, harga jualan dan sebagainya masih tidak diketahui lagi – dan mungkin dikongsikan pada 12 Oktober 2022.