Realme C33 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM559

Diterbitkan pada Sep 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme C33 telah dilancarkan sebelum ini dengan beberapa tumpuan utama seperti kamera 50MP dan bateri 5000mAh. Ia kini telah ditawarkan di Malaysia pada RM559 (4GB/64GB) dengan dua pilihan warna seperti Aqua Blue dan Night Sea. Bagi yang berminat, ketersediaannya bermula 7 Oktober 2022 menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi, Realme C33 dilengkapi skrin LCD 6.5-inci dengan nisbah skrin-ke-badan mencapai 88.7%. Turut disertakan adalah cip Unisoc T612, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 10W. Kamera utama pula terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (makro), manakala kamera hadapan 5MP.

komen


© Amanz / 2022 Kami