Cari @ Amanz

Kad grafik Intel Arc A770 akan dilancarkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi, rakan pengeluar Intel telah mengumumkan produk A770 yang akan dikeluarkan oleh mereka. Semalam Acer berkongsi imej rasmi untuk Intel Arc A770 Predator BiFrost dengan sistem kipas yang menarik.

Terdapat dua kipas digunakan tetapi satu daripadanya lebih besar. Kedua-duanya juga hadir dengan sokongan lampu LED bagi memenuhi keperluan golongan gamer yang akan membelinya. Intel Arc A770 dilengkapi GPU ACM-G1 dengan teras 32 Xe yang bakal ditawarkan dengan memori 8 atau 16 GB RAM.

Acer belum mengesahkan konfigurasi RAM yang akan digunakan A770 Predator BiFrost pada waktu ini dengan pengumuman akhir mungkin dilakukan pada 12 Oktober apabila kad dilancarkan secara rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd