Honor X6 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM599

Diterbitkan pada Okt 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor X6 telah dilancarkan sebelum ini dengan beberapa tumpuan utama seperti kamera 50MP dan bateri 5,000mAh. Bercakap dengan lebih lanjut, telefon pintar berkenaan kini telah ditemui tersenarai menerusi kedai atas talian rasmi Honor Malaysia di Lazada dan Shopee pada harga RM599 sebuah. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Titanium Silver/Ocean Blue dan ketersediaan adalah bermula 7 Oktober 2022.

Untuk spesifikasi, telefon pintar ini dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci TFT LCD HD+ dengan nisbah aspek 20:9. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G25, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 10W. Kamera utama pula terdiri dengan 50MP (f/1.8/) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro) dan kemera swafoto sebesar 5MP.

komen


© Amanz / 2022 Kami