Permintaan Untuk iPhone 14 Yang Rendah Di China Menyebabkan Golongan Scalper Menanggung Kerugian

Diterbitkan pada Okt 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Saban tahun golongan scalper yang membeli barangan secara borong kemudian menjualnya pada harga lebih tinggi menyebabkan pengguna yang benar-benar ingin membeli produk terpaksa menggigit jari. iPhone adalah antara peranti yang sering dijual oleh golongan scalper kerana permintaan yang tinggi. Tetapi tahun ini kurangnya sambutan terhadap iPhone 14 dan 14 Plus menyebabkan golongan scalper menanggung kerugian.

Di China golongan scalper menjual iPhone 14 dan 14 Plus di tepi jalan untuk mencari pelanggan. Kombinasi ekonomi yang belum stabil di China dan model iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max yang dicari pengguna menyebabkan peranti terpaksa dijual pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran bagi mengelakkan kerugian.

Menurut laporan Oddity Central, harga jualan peranti dikurangkan sehingga RMB 1000 (~RM653) di Guangzhou dengan imej penjual di tepi jalan tular di media sosial China. Golongan scalper di China sebelum ini boleh meningkatkan harga sehingga RMB 6000 (~RM3900) kerana pengguna di negara mereka tidak mahu menunggu peranti dijual secara rasmi dan membeli iPhone yang diseludup dari Hong Kong.

komen


© Amanz / 2022 Kami