Samsung Akan Mengeluarkan Cip 2nm Menjelang 2025 Dan 1.4nm Menjelang 2027

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung berkongsi hala tuju faundri mereka pagi ini dengan cip 2nm akan dihasilkan menjelang 2025 sementara cip 1.4nm pula dihasilkan menjelang 2027. Keperluan cip dengan teknologi yang terkini ini dipacu oleh permintaan dari komputer prestasi tinggi (HPC), kecerdasan buatan, 5G/6G dan automotif.

Tahun ini Samsung menjadi syarikat pertama menghasilkan cip 3nm. Namun begitu mereka gagal mendapatkan kontrak daripada Qualcomm, NVIDIA dan Apple yang memilih pesaing terhampir mereka TSMC. Sungguhpun begitu Samsung akan mengembangkan kapasiti pengeluaran cip sehingga tiga kali ganda menjelang 2027 dengan ramalan lebih 50% pengeluaran cip pada waktu tersebut adalah untuk industri automotif dan HPC.

komen


© Amanz / 2022 Kami