Carian
Kos Operasi MySejahtera Melebihi RM9.3 Juta Dengan Ia Dimuat Turun Lebih 38 Juta Kali
October 4, 2022 Effi Saharudin

Dalam laporan PAC mengenai aplikasi MySejahtera yang diterbitkan pagi ini, Kerajaan didapati tidak menggunakan saluran yang betul ketika memberikan kontrak pembangunan aplikasi kepada KPISoft. Terdapat beberapa lagi maklumat menarik telah didedahkan kepada umum buat pertama kali. Pertama sekali kos operasi untuk menggunakan Google API dan menghantar notifikasi SMS kepada pengguna menelan belanja RM 9,317,142.21.

Ini digunakan untuk menampung kos perkhidmatan pihak ketiga menerusi Google API bagi memaparkan kawasan panas wabak Covid-19 menerusi Google Maps dan untuk pendaftaran vaksinasi. Sementara itu pembayaran perkhidmatan SMS pula adalah untuk notifikasio peringatan bagi temu janji dan juga keputusan pemeriksaan COVID-19 serta sekiranya terdapat isu terlupa kata laluan MySejahtera.

MySejahtera turut telah dimuat turun lebih 38 juta kali setakat ini dengan lebih 13 bilion check-in premis telah dicatatkan. Sebanyak 80 juta keputusan ujian Covid-19 yang positif serta negatif telah dimuat naik menggunakan aplikasi.

Komen