Samsung Galaxy A54 Dilaporkan Hadir Dengan Kamera 50MP

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengenalan Samsung Galaxy A53 tempoh hari boleh dikategorikan sebagai peranti mampu milik lengkap dengan pakej menarik. Bukan sahaja dari aspek rekaan dan perkakasan dalaman, malahan perisian turut sama diberi perhatian dengan kemas kini lebih baik.

Bagi yang menantikan kemaskini untuknya, desas-desus mengenai peranti telah tertiris menerusi perkongsian GalaxyClub. Kelak dikenali sebagai Samsung Galaxy A54, peranti dilaporkan hadir dengan sistem tri-kamera bersama sensor utama 50-Megapixel.

Sekiranya benar, konfigurasi kamera ini adalah lebih rendah berbanding beberapa pendahulunya yang menggunakan kamera utama 64-Megapixel. Ia bagaimanapun bukanlah isu yang besar memandangkan megapixel besar tidak semestinya memberi hasil yang baik dan sebaliknya.

Lain-lain konfigurasi masih belum didedahkan setakat ini. Namun kita boleh menjangkakan tiada lagi sensor kedalaman ekoran terdapatnya laporan yang mendakwa Samsung bakal menghentikan penggunaannya pada siri Galaxy A baharu.

Ini bermakna peranti kelak mungkin sekadar dibekalkan sensor ultra-lebar dan makro. Peranti dijangka diperkenalkan sekitar tahun hadapan, namun tiada tarikh khusus yang diketahui setakat ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami