Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah sedia memperkenalkan Bulletin – iaitu perkhidmatan langganan emel, menyaingi Substack. Namun, perkhidmatan berkenaan dilihat tidak menerima permintaan tinggi, dan kini Facebook ingin menamatkan perkhidmatan tersebut.

Bulletin dijadualkan untuk ditamatkan pada awal 2023 kelak – menjadikan ia ditamatkan selepas hanya dua tahun diperkenalkan.

Facebook mengatakan pembelajaran daripada Bulletin ini akan digunakan dalam membantu membangunkan komuniti dan Facebook Groups sendiri.

Dengan penamatan Bulletin, Facebook inginkan semua kandungan dikongsikan terus pada platform sosial mereka.

Facebook akan kekal membayar semua kontrak dengan penulis, disamping para penulis boleh menyimpan pendapatan yang dijana melalui Bulletin ini. Facebook juga dijangka akan menyediakan ciri eksport untuk membawa keluar senarai pelanggan dan juga kandungan yang telah diterbitkan di Bulletin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd