Piawaian Matter 1.0 Dilancarkan Untuk Peranti Internet Benda

Diterbitkan pada Okt 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas tertangguh disebabkan oleh pandemik Connectivity Standards Alliance dan juga ahlinya melancarkan piawaian Matter 1.0 untuk peranti internet benda (IoT). Menerusi Matter 1.0, kesemua peranti IoT dari pelbagai pengeluar boleh digunakan pada pelbagai ekosistem tanpa perlu risau ia tidak serasi seperti yang berlaku selama ini.

Matter 1.0 akan disokong oleh lebih 280 pengeluar peranti IoT seperti Over 280 member companies seperti Amazon, Apple, Google, Huawei, IKEA, Oppo, Signify dan SmartThings. Google misalnya mengesahkan peranti yang menyokong Matter 1.0 boleh disambungkan kepada sistem Google Home menerusi ciri Fast Pair.

Selain menyeragamkan piawaian internet benda, Matter turut sedang membangunkan piawaian yang menyeragamkan cara kandungan dari telefon pintar boleh dipancarkan ke televisyen dan speaker pintar di masa hadapan. Selepas ini pengguna hanya perlu mencari logo Matter pada peranti yang ingin dibeli tanpa perlu risau ia serasi ataupun tidak dengan ekosistem yang sedang digunakan.

komen


© Amanz / 2022 Kami