Cari @ Amanz

Piawaian Matter yang menggabungkan kesemua sistem peranti berhubung IOT di rumah diumumkan pada tahun 2019 sebagai Projecy Home Over IP sebelum namanya sekarang ditukar pada Mei yang lalu. Dengan penyeragaman peranti berhubung keluaran Amazon, Apple, Comcast, Google, SmartThings, dan Connectivity Standards Alliance akan menggunakan satu piawaian bagi memastikan ia boleh beroperasi antara satu sama lain.

Malang sekali penyeragaman ini ditangguh ke tahun 2022 menurut pengumuman yang dilakukan oleh Tobin Richardson – ketua pegawai eksekutif Connectibvity Standard Alliance (CSA). Ini terpaksa dilakukan kerana perubahan ke SDK sumber terbuka memerlukan lebih masa untuk diperhalusi bagi memastikan ia dilakukan dengan sempurna. Sasaran awal sebelum penghujung 2021 kini ditangguh ke separuh pertama 2022. Ini bagi memastikan kesemua ahli yang besetuju menggunakan Matter memberikan spesifikasi akhir yang perlu disokong sebelum pelancaran produk kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd