WhatsApp Mula Mengedarkan Ciri Menghalang Tangkapan Layar Untuk “View Once”

Diterbitkan pada Okt 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak tahun lepas, WhatsApp semakin fokus terhadap privasi dan sekuriti pengguna. Contohnya ciri View Once yang membenarkan pengguna menghantar fail media yang boleh hilang selepas sekali ia dilihat. Kemudian mereka hadir dengan ciri keluar Group secara senyap, menutup status atas talian serta mengumumkan kemampuan menghalang tangkapan layar pada View Once.

Beberapa ciri privasi ini sudah pun boleh digunakan oleh semua orang. Tetapi ciri menghalang tangkapan layar pada imej atau video View Once, belum lagi diedarkan. Kini pengguna WhatsApp di Android jika menjalankan versi beta 2.22.22.3 anda sudah boleh menguji ciri menghalang tangkapan layar ini.

Kemaskini ini turut menghalang kemampuan merakam skrin dalam View Once. Cubaan melakukan dua perkara ini turut tidak akan mengumumkan kepada pengguna lain, sebaliknya jika ia dilakukan hanya skrin hitam akan disimpan seperti tangkapan layar pada aplikasi penstriman Netflix atau Disney+ Hotstar. Kemudian imej dan video yang dihantar turut tidak boleh disimpan.

Cuma perlu diingatkan jika ciri ini telah diedarkan kepada semua pengguna, mereka yang ada peranti kedua masih boleh menggunakan kamera untuk menangkap gambar fail View Once yang dihantar.

komen


© Amanz / 2022 Kami