Cari @ Amanz

Dua tahun lepas, Google telah memperkenalkan perkhidmatan VPN tersendiri melalui langganan Google One dengan storan Google Drive 2TB. Di Malaysia harga langganan untuk 2TB adalah RM42.99 sebulan atau RM429.99 setahun.

Dengan VPN ini ia boleh melindungi privasi dan data pengguna selain turut memberi sekuriti ketika berada di atas talian. Apa yang Google tawarkan adalah menyulit trafik Internet pada peranti agar tiada sumber luar dapat akses.

Terkini di acara Made by Google malam ini, Google mengumumkan yang Pixel 7 dan Pixel 7 Pro akan menjadi peranti pertama Google menerima akses VPN ini secara percuma tanpa perlu sebarang bayaran atau langganan. Akses kepada VPN ini masih sama iaitu melalui aplikasi Google One.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd