Cari @ Amanz

Tiada yang lebih mengecewakan apabila gambar penting yang diambil kelihatan kabur dalam galeri di peranti. Lebih tragis jika ia satu-satunya gambar yang sempat dirakam dan ianya penting untuk memori peribadi. Bagi pengguna Google Pixel 7 Pro dan Pixel 7, mereka tidak perlu risau ini akan berlaku pada gambar yang diambil pada peranti.

Ciri Photo Unblur diperkenalkan pada kedua-dua peranti dengan ia boleh menajamkan gambar yang kabur. Menerusi kecerdasan buatan dan pemproses Tensor G2, gambar yang kabur boleh ditajamkan menggunakan Google Photos. Satu lagi cara ialah dengan menggabungkan gambar sudut lebar dengan gambar yang diambil menggunakan lensa ultra sudut lebar.

Lebih menarik ialah jika pengguna mempunyai gambar-gambar lama yang kabur atau beresolusi rendah, Photo Unblur boleh digunakan untuk membuatkannya kelihatan lebih tajam. Pada waktu ini ciri Photo Unblur hanya boleh digunakan pada dua peranti Pixel terkini sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd