Cari @ Amanz

Elon Musk diarahkan oleh hakim mahkamah di California untuk melengkapkan pembelian Twitter menjelang jam 5 petang pada 28 Oktober. Sekiranya pihak Musk dan Twitter gagal mendapatkan kesepakatan mengenai terma pembelian pada tarikh tersebut, mereka perlu kembali ke mahkamah pada bulan November untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan oleh kedua-dua pihak.

Elon Musk

Peguam Twitter mengatakan pengumuman Musk untuk kembali membeli Twitter pada harga $44 bilion minggu ini adalah sekadar alasan untuk menangguhkan perbicaraan selepas beliau diheret kerana melanggar perjanjian jual beli yang asal. Sebelum ini beliau dilaporkan meminta diskaun 30% daripada harga jualan asal dengan Musk berkata Twitter ialah langkah penting untuk merealisasikan aplikasi semua dalam satu X.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd