TM Dan YES Mendapatkan Pegangan Sebanyak 20% Pada DNB, Celcom Sebanyak 12.5%
Aman
Selain Digi yang mendapatkan pegangan sebanyak 12.5% pada Digital Nasional Berhad, kini ia turut diumumkan Celcom turut mendapatkan pegangan sebanyak 12.5% pada DNB.
Disamping itu, dua lagi syarikat yang mendapatkan pegangan adalah YTL dan TM – masing-masing dengan pegangan sebanyak 20%. Kerajaan memegang baki 35% melalui Kementerian Kewangan.
Celcom dan Digi mempunyai pegangan yang sedikit rendah – kerana kedua-dua syarikat tersebut dalam proses penggabungan. Pegangan saham dijangka diselaraskan semula apabila pengabungan kedua-dua syarikat selesai.
Dengan memeterainya perjanjian ini, kini pelbagai syarikat telekomunikasi sudah boleh memfokuskan kepada pengenalan perkhidmatan 5G kepada pengguna awam.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.