CIMB OCTO Akan Memudahkan Anda Mengetahui Perbelanjaan Yang Dapat Pengecualian Cukai

Diterbitkan pada Okt 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CIMB OCTO merupakan salah satu aplikasi perbankan daripada CIMB yang masih pada peringkat awal pembangunan. Pada hari ini, ia menawarkan beberapa ciri asas, tetapi CIMB menyasarkan untuk menambah beberapa ciri tambahan pada aplikasi tersebut.

Salah satunya adalah kebolehan mengetahui perbelanjaan dan transaksi yang memberikan anda pengecualian cukai.

Melalui gambaran yang dikongsikan pihak CIMB, mereka memperlihatkan kelak apabila tarikh penghantaran borang cukai hampir, aplikasi akan memberikan peringatan – dan pada masa yang sama turut memberikan ringkasan perbelanjaan yang memberikan pengecualian cukai.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi proses pemfailan cukai oleh seseorang pengguna.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah CIMB akan memperkenalkan ciri ini kepada umum secara rasminya. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba CIMB OCTO yang baharu – yang dijangka akan menggantikan CIMBClicks pada masa akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami