Acer Swift Edge Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga Bermula RM5299

Diterbitkan pada Okt 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acer Swift Edge kini telah dilancarkan secara rasmi sebagai sebuah komputer riba dengan binaan nipis dan ringan. Bagi yang berminat, ia kini telah mula ditawarkan untuk pasaran tempatan pada hargabermula RM5299 (AMD Ryzen 5 6600U) dan RM6299 (AMD Ryzen 7 6800U). Ia telah tersedia sekarang dan boleh dibeli menerusi kedai atas talian rasmi atau pengedar sah Acer di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi, komputer riba ini menggunakan skrin sebesar 16-inci OLED beresolusi WQUXGA (3840 x 2400 piksel) dan kadar segar semula 60Hz. Paparan ini turut dibekalkan sokongan untuk gamut warna sRGB 100%, kecerahan puncak 400 nits, bernisbah aspek 16:9 dan melepasi pensijilan TUV Rheinland.

Di Malaysia, terdapat dua varian yang ditawarkan iaitu AMD Ryzen 7 6800U dengan padanan memori 16GB LPDDR5 dan storan terbina 1TB Gen4 NVMe SSD. Satu lagi pilihan adalah AMD Ryzen 5 6600U yang dipasangkan dengan memori 8GB RAM LPDDR5 dan storan terbina 512GB Gen4 NVMe SSD.

Lain-lain spesifikasi termasuklah Windows 11 Home/Pro, sokongan bluetooth 5.2, bateri 54Wh dan kamera web FHD. Pilihan I/O yang tersedia pula merangkumi 2 X USB Type-C 3.2 Gen 2, 2 X USB Type-A Gen 1, 1 X HDMI 2.1, mikrofon dan bicu audio 3.5mm.

komen


© Amanz / 2022 Kami