Pada awal tahun ini, timbul laporan Tencent ingin mengambil alih Black Shark dari Xiaomi. Selepas laporan awal tiada lagi berita timbul mengenai pembelian ini. Tetapi menurut laporan dari China, Tencent membatalkan hasrat mereka dan akibatnya Black Shark akan membuang sehingga 50% tenaga kerja.
Yang terkesan ialah kakitangan yang terlibat dalam pembangunan set kepada VR kendiri. Ini juga mungkin sebab mengapa Black Shark masih belum menawarkan peranti baharu yang menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 sedangkan mereka secara tradisinya akan melancarkan peranti baharu dengan cip lebih berkuasa pada separuh tahun kedua.
- Sumber
- Sumber – Sparrownews