Cari @ Amanz

Pada 27 September lalu, satelit DART dihempas ke permukaan asteroid Dimorphos pada kelajuan melebihi 22,000 km/j. Misi ini dilakukan bagi melihat sama ada teknik menghentam DART yang sebesar mesin layan diri ke permukaan Dimorphos sebesar sebuah stadium akan mengubah hala tujunya.

Saintis NASA kini mengesahkan pasca dihentam, orbit Dimorphos berjaya dipendekkan sekitar 32 minit berbanding 11 jam 55 minit sebelum ini. Para saintis meletakkan sasaran jika orbit berjaya diubah sekurang-kurangnya 73 saat, ia boleh dilihat sebagai kejayaan. Maka misi DART mengesahkan bahawa hala tuju asteroid yang mungkin menghentam bumi di masa hadapan boleh diubah menggunakan teknik yang sama.

Kajian belum berakhir kerana saintis kini ingin menganalisa sejauh mana momentum dari DART dipindahkan ke asteroid dengan melihat puing-puing debu yang dilepaskan pasca hentaman. Dengan data yang lebih lengkap, saintis boleh melihat keberkesanan sebenar sistem pertahanan bumi apabila diperlukan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd