Carian
Teknologi EMG Meta Membolehkan Permainan Dikawal Tanpa Perlu Menggerakkan Anggota
October 12, 2022 Effi Saharudin

Kesemua set kepala VR dan AR di pasaran kini mempunyai alat kawalan bagi membolehkan pengguna berinteraksi dengan dunia maya yang sedang dimainkan. Tetapi berdasarkan pengalaman peribadi, kadang kala alat kawalan jauh tidak memberikan pengalaman terbaik serta terhad kepada pengguna dengan anggota tubuh badan yang sempurna.

Untuk menyelesaikan isu ini, Meta Reality Labs menunjukkan bagaimana teknologi electromyography (EMG) boleh digunakan. Gelang EMG yang dipakai pada pergelangan tangan ini sebelum ini hanya ditunjukkan gambarnya sahaja tahun lalu. Dari video di atas, pergerakan pengguna pada awalnya dikesan oleh gelang EMG sebelum kecerdasan buatan kemudiannya membolehkan kawalan yang sama dilakukan tanpa anggota tubuh digerakkan.

Komen