Bytedance Akan Mengembangkan Perkhidmatan Penstriman Muzik Resso Ke Lebih Banyak Pasaran

Diterbitkan pada Okt 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bytedance melancarkan perkhidmatan penstriman muzik Resso mereka di India pada tahun 2020 sebelum ia kemudiannya dikembangkan ke Indonesia dan Brazil. Kini menurut laporan WSJ, Bytedance dalam perancangan mengembangkan Resso ke dua belas lagi negara dalam masa terdekat.

Ini kemudiannya akan menjadi langkah seterusnya sebelum Resso dilancarkan ke peringkat global. Menerusi Resso, pengguna boleh terus menstrim muzik yang didengari di TikTok secara terus tanpa perlu mencarinya pada platform penstriman muzik yang lain. Strategi yang menarik memandangkan menjadi trend untuk muzik popular terlebih dahulu di TikTok sebelum menjadi popular di radio.

Resso menghadapi persaingan besar dari Spotify dan Apple Music yang pada waktu ini mempunyai pegangan pasaran yang besar. Seperti Spotify, Resso menawarkan penstriman percuma dengan sokongan iklan antara muzik.

komen


© Amanz / 2022 Kami