Cari @ Amanz

Shopee kini mengumumkan mereka akan mengenakan caj sebanyak 1.5% daripada keseluruhan nilai pembelian bermula 17 Oktober 2022 untuk perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL) mereka.

Sebelum ini, perkhidmatan BNPL dibawah SPayLater ditawarkan percuma tanpa yuran pemprosesan bagi mereka yang membuat pembayaran pada bulan seterusnya. Tetapi, perkara ini akan berubah bermula 17 Oktober 2022 kelak, dimana semua pembelian dibawah BNPL akan dikenakan caj sebanyak 1.5% atas nilai transaksi keseluruhan.

Untuk perkhidmatan SPayLater yang dipecahkan kepada ansuran, nilai yuran pemprosesan 1.5% dikekalkan seperti biasa untuk setiap bulan.

Dengan kenaikkan pengecasan ini, mungkin anda boleh mengatur semula kaedah pembelanjaan di Shopee bermula minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd