Chromecast With Google TV Mula Menerima Kemaskini Android TV 12

Diterbitkan pada Okt 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Berita baik bagi pemilik Chromecast With Google TV kerana dongel televisyen pintar ini mula menerima kemas kini ke Android TV 12 selang beberapa minggu selepas pelancaran Chromecast with Google TV HD. Setakat ini pengguna di Amerika Syarikat yang paling awal menerimanya dengan saiz kemas kini sekitar 720MB. Kemas kini menaikkan versi sistem operasi dari Android TV 10 terus ke Android TV 12.

Selain membawakan kemas kini sistem operasi baharu, Android TV 12 turut membawakan penambahbaikan kepada kawalan kandungan HDR dan audio surround. Peningkatan kepada tahap sekuriti juga diberikan dengan tampalan sekuriti adalah sehingga Julai 2022. Beberapa pepijat serta isu dengan prestasi juga diselesaikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami