Cari @ Amanz

Netflix mula memburu pengguna yang berkongsi langganan satu akaun dari tempat tinggal yang berbeza. Ini mengakibatkan kerugian kepada syarikat sehingga Netflix memperkenalkan ciri menambah profil kepada akaun di beberapa negara Amerika Latin dan amaran lokasi jika mengesan kandungan distrim dari beberapa lokasi berbeza. Dengan ciri ini akan dikembangkan lagi, pasti ada pelanggan yang tidak mahu kehilangan sejarah tontonan pada akaun lama apabila menggunakan akaun baharu.

Oleh itu Netflix mengesahkan mereka akan menyertakan ciri memindahkan data tontonan dari akaun lama ke akaun baharu bermula hari ini. Daripada menu akaun, pilihan “Profile Transfer” boleh dipilih. Kemudian pengguna boleh mengarahkan supaya data dipindahkan ke akaun baharu dengan memasukkan maklumat emel serta kata laluan.

Selain data data tontonan, senarai My List, data permua yang telah dimainkan, saranan kandungan untuk ditonton dan tetapan aplikasi boleh dipindahkan dengan ciri ini. Pelanggan Netflix akan menerima notifikasi sebaik sahaja ciri ini boleh diakses pada akaun mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd