Cari @ Amanz

Beberapa minggu lalu, YouTube dilihat sedang menguji ciri baharu di mana penstriman pada resolusi 4K iaitu 2160p memerlukan langganan YouTube Premium dan tidak lagi boleh diakses oleh pengguna percuma. Ujian ini diedarkan secara rawak kepada pengguna terpilih dan ia menerima kecaman kerana ramai yang tidak bersetuju dengannya.

Bukan sahaja pengguna percuma perlu menghadapi jumlah iklan yang banyak, tetapi penstriman 4K pula dihadkan dan perlu di bayar. Kini ujian ini dilihat telah pun dihentikan oleh YouTube dan pengguna percuma yang terkesan sudah kembali boleh menstrim video 4K tanpa bayaran tambahan.

Adakah dengan kecaman ini membuatkan ujian YouTube ini gagal dan mendapati ramai pengguna percuma tidak ingin langgan dan sanggup menghadapi lambakan iklan? Harga langganan YouTube Premium adalah RM 17.90 sebulan, RM10.90 sebulan untuk pelajar atau sekitar RM4.50 sebulan dengan pelan keluarga (RM26.90).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd