Samsung hari ini mengumumkan mereka berjaya menghasilkan modul memori baharu LPDDR5X dengan kelajuan mencecah 8.5 Gbps. Ini bukanlah memori LPDDR5X pertama di pasaran dengan Realme GT2 Master Explorer Edition sudah menggunakannya sejak September lalu.

Tetapi ini adalah memori LPDDR5X yang terpantas di pasaran sekarang kerana melepasi kelajuan 7.5 Gbps yang dicatatkan Samsung di peringkat ujian. Memori LPDDR5X bukan sahaja lebih pantas tetapi juga mengurangkan penggunaan kuasa. Setakat ini ia sudah melepasi piawaian untuk digunakan bersama SOC keluaran Qualcomm. Ini sedikit sebanyak mengesahkan siri Galaxy S23 kelak akan menggunakan memori ini tahun hadapan.