Leica Dan Nikon Menyokong Piawaian C2PA Yang Mengesahkan Keaslian Gambar Yang Diambil

Diterbitkan pada Okt 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan wujudnya kecerdasan buatan seperti DALL.E 2 dan Stable Diffusion, imej yang tidak asli dapat dijana semudah memasukkan teks panjang ke dalam laman web. Ini menimbulkan isu besar di mana fitnah boleh disebarkan menerusi gambar yang nampak realistik. Di Adobe MAX 2022, Leica dan Nikon mengesahkan mereka akan menyokong piawaian Coalition for Content Provenance and Authenticity (C2PA) yang merupakan inisiatif Content Authenticity Initiative oleh Adobe pada kamera keluaran mereka.

Di peringkat awal ciri meletakkan bukti digital pada gambar akan disokong pada kamera Leica M11 dan Nikon Z9. Teknologi kriptografi digunakan bagi membenamkan maklumat digital pada setiap gambar yang diambil kedua-dua kamera. Sekiranya imej dimanipulasi, data meta yang dibenamkan akan berubah memudahkan golongan profesional mengenalpasti ia adalah imej palsu.

Piawaian pertama C2PA baru sahaja diterbitkan pad Januari yang lalu dengan ia menerima sokongan Microsoft, BBCC, ARM, Intel, TruePic dan Twitter.

komen


© Amanz / 2022 Kami