OnePlus 11 Mungkin Dilengkapi Dengan Kamera 50MP

Diterbitkan pada Okt 19, 2022. oleh .

OnePlus 11 dijangka menjadi model pembaharuan untuk rangkaian peranti pintar daripada jenama ini. Mengulas lanjut, peranti berkenaan didakwa tiba sekitar suku pertama tahun 2023, dalam masa sama tiada penjenamaan “pro” yang disertakan untuk kali ini.

Gambar Sekadar Hiasan

Dalam perkembangan baharu, beberapa maklumat mengenai peranti turut tertiris menerusi perkongsian oleh Digital Chat Station. Jelasnya, peranti ini akan dilengkapi skrin sejenis melengkung dan berlubang pada bahagian kiri untuk kamera swafoto. Turut disertakan adalah paparan 2K yang beresolusi 3216×1440 piksel.

Selain itu, ia juga dikhabarkan hadir dengan kamera utama 50MP bersama penjenamaan Hasselblad. Kemudiannya diikuti dengan 48MP (ultra-lebar) dan 32MP pula telefoto. Melaluinya, OnePlus dijangka membawakan beberapa peningkatan pada sistem kamera berbanding model-model sebelum ini.

Tiada maklumat mengenai perkakasan dalaman lain yang dikongsi setakat ini. Menurut jangkaan awal, ia mungkin hadir dengan skrin Fluid AMOLED LTPO 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, kuasa pengecasan lebih 100W SuperVOOC, memori mencapai 16GB RAM dan kembalinya suis lungsur.

komen


© Amanz / 2023 Kami