Cari @ Amanz

Akhir Julai lalu Putera Muhammad bin Salman mengumumkan projek The Line yang bakal menjadi bangunan terbesar dunia sepanjang 170 km dan setinggi 500 meter. Semasa diumumkan ramai merasakan The Line yang terletak di NEOM hanya sekadar konsep dan tidak akan dapat dibina.

Tetapi video yang diambil oleh firma dron Ot Sky menunjukkan pembinaan bandang dalam-dinding gergasi ini sudahpun dimulakan. Puluhan lori dan jengkaut dalam dilihat sedang mengorek bahagian asas bawah tanah untuk The Line. Ini dipercayai akan menempatkan sistem kereta api bawah tanah yang boleh membawa penumpang dari satu hujung The Line the hujung yang lain dalam masa 20 minit sahaja.

Pembinaan akan dilakukan secara berperingkat dengan ia dijangka siap seawal 2030 dan menelan belanja $1 trilion.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd