Beberapa hari yang lalu Xiaomi menghentikan sokongan sandaran gambar ke Xiaomi Cloud kepada pengguna di luar China. Pengguna Xiaomi Cloud kemudian diberikan pilihan untuk memindahkan gambar dari storan awanan mereka ke Google Photos.

Kini Xiaomi mengumumkan aplikasi Xiaomi Gallery yang diberikan pada setiap peranti mereka kini mempunyai sokongan melakukan sandaran terus ke Google Photos. Pengumuman ini adalah sungguh tidak dijangka kerana pada peranti Android dan iOS, pengguna perlu memuat turun aplikasi Photos untuk melakukan sandaran gambar.
Versi terkini Gallery yang menyokong ciri ini boleh dimuat turun pengguna di Singapura terlebih dahulu pada 24 Oktober. Pelanggan juga akan diberikan tempoh percubaan sandaran Google One sebesar 100GB selama tiga bulan.