Android 13 Go Edition Diumumkan Untuk Peranti Spesifikasi Rendah

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Android 13 telah dilancarkan Ogos lalu dengan Pixel 7 serta Pixel 7 Pro adalah dua peranti pertama dilancarkan dengan sistem operasi ini terpasang. Hari ini Android 13 Go Edition akhirnya diumumkan untuk telefon pintar dengan spesifikasi yang rendah.

Sungguhpun begitu, Google menyertakan beberapa ciri yang selama ini hanya diberikan pada Android versi penuh. Sebagai contoh antaramuka Material You akhirnya diberikan bersama dengan Google Discover Feed buat pertama kali. Kustomasi tema peranti mengikut imej latar belakang yang dipilih juga diberikan. Peranti dengan Android 13 Go Edition dijangka hadir awal 2023.

Lebih menarik ialah Android 13 Go Edition menyokong ciri kemas kini sistem operasi menerusi  Google Play System Updates. Kemas kini sekuriti dan sistem operasi boleh diberikan ke peranti oleh Google dan bukan lagi oleh pengeluar apabila diperlukan.

komen


© Amanz / 2022 Kami