Ciri Menyertai Panggilan Melalui Pautan Pada WhatsApp Kini Boleh Digunakan

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan lepas, WhatsApp mengumumkan yang mereka mula memperkenalkan kebolehan menjemput rakan-rakan atau yang tersayang menyertai panggilan suara atau video dengan hanya berkongsi pautan.  Dengan ciri ini, sekaligus membolehkan WhatsApp digunakan sebagai alternatif kepada Microsoft Teams atau Google Meet.

Ia juga akan memudahkan pengguna untuk menjemput sesiapa sahaja menyertai panggilan suara atau video, walaupun mereka tiada dalam buku alamat. Semasa ciri ini diumumkan, penggunaannya masih terhad. Kini selepas hampir sebulan, ciri ini mula diedarkan kepada semua orang.

Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu tekan Panggilan (Calls), tekan Cipta Pautan Panggilan (Create Call Link), kemudian pilih jenis panggilan sama ada video atau suara dan anda boleh terus kongsi pautan atau salin pautan untuk dihantar ke orang lain.

Dalam ujian saya, ciri ini hanya boleh digunakan untuk pengguna WhatsApp dan peranti yang mengakses pautan ini perlu memasang aplikasi WhatsApp atau mempunyai WhatsApp Web aktif. Berbeza dengan FaceTime yang boleh digunakan oleh sesiapa walaupun tiada peranti Apple.

komen


© Amanz / 2022 Kami