Carian
Elon Musk Ingin Membuang 75% Tenaga Kerja Twitter Selepas Platform Dibeli
October 21, 2022 Effi Saharudin

Elon Musk mengumumkan beliau ingin membeli Twitter beberapa bulan yang lalu sebelum menarik diri apabila mengatakan platform tidak telus mengenai jumlah pengguna sebenar. Selepas disaman oleh Twitter kerana mungkir janji, Musk mengubah pendirian sekali lagi seperti dengan kini sekali lagi mengatakan beliau ingin meneruskan hasrat asal.

Menurut laporan Wall Street Journal, sekiranya beliau berjaya membeli Twitter kelak Musk merancang membunga 75% tenaga kerja. Ini bersamaan dengan 5625 dari 7500 kakitangan Twitter sekarang. Tindakan ini diambil untuk mengurangkan kos operasi yang membuatkan syarikat kelihatan menguntungkan bagi menarik minat pelabur.

Komen