Automattic, Syarikat Sebalik WordPress – Kini Tawarkan Aplikasi Pocket Casts Dalam Bentuk Sumber Terbuka

Diterbitkan pada Okt 22, 2022. oleh .

Automattic, syarikat sebalik WordPress telah pun sedia mengambil-alih platform podsiar popular, Pocket Casts pada tahun lepas. Kini, lanjutan daripadanya, Pocket Casts mengikut model WordPress, dan mula menawarkan aplikasi mudah-alih mereka dalam bentuk sumber terbuka.

Pocket Casts Android

Buat masa ini, dua kod sumber ditawarkan, iaitu Pocket Casts iOS dan juga Pocket Casts Android. Dengan langkah ini, para pembangun boleh membantu membangunkan ia bersama, atau turut melihat kod sumber dan menggunakannya dalam pembangunan peribadi tersendiri.

Pihak Pocket Casts turut menyatakan mereka percaya podsiar tidak sepatutnya dikawal oleh syarikat seperti Spotify atau Apple, sebaliknya ia perlu boleh dikawal oleh sesiapa tanpa masalah – membawa kepada mereka menawarkan kod sumber mereka dalam bentuk sumber terbuka.

komen


© Amanz / 2023 Kami