Harga Langganan Apple TV+ Meningkat RM10 – Kini RM29.90 Sebulan

Diterbitkan pada Okt 25, 2022. oleh .

Disamping peningkatan harga untuk Apple Music, pihak Apple turut telah meningkatkan harga untuk perkhidmatan penstriman video mereka, iaitu Apple TV+.

Perkhidmatan yang dahulunya ditawarkan pada harga RM19.90 sebulan, kini meningkat sebanyak RM10, menjadikan harga langganan barunya adalah RM29.90 sebulan.

Apple mengatakan peningkatan harga untuk Apple TV+ ini adalah selari dengan peningkatan katalog penawaran mereka. Selain melanggannya secara berasingan, pengguna juga masih boleh kekal melanggan ia bersama Apple One untuk mendapatkan lebih banyak perkhidmatan Apple pada satu harga yang rendah.

komen


© Amanz / 2023 Kami