Huawei Pocket S Akan Dilancarkan Pada 2 November – Pengganti P50 Pocket
Effi Saharudin
Rekaan peranti pengganti kepada Huawei P50 Pocket telah tertiris beberapa bulan yang lalu. Kini ia disahkan akan menggunakan nama Huawei Pocket S dengan ia akan dilancarkan secara rasmi pada 2 November kelak.
Berdasarkan video acah yang dikongsi oleh Huawei, Pocket S mengekalkan rekaan P50 Pocket dengan ia ditawarkan dalam enam pilihan warna ceria seperti merah jambu, kuning cari dan biru muda. Ini mirip dengan penawaran Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition yang turut memberikan pengguna pilihan melakukan kustomasi warna tubuh.
Terdapat ura-ura Pocket S akan menjadi peranti lebih mampu milik berbanding P50 Pocket kerana sekadar dilengkapi cip Snapdragon 778G dan bukan Snapdragon 888 4G. Spesifikasi lengkap dan harga jualan rasmi hanya akan diketahui pada 2 November depan.
[sumber] Sumber – Sparrownews [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.