OnePlus Ace Pro Genshin Impact Limited Edition Bertemakan Hu Tao Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada Okt 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus Ace Pro ialah telefon pintar Android berspesifikasi mercu yang dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1. Ia juga hanyalah sebuah OnePlus 10T yang dijenamakan semula untuk peringkat pasaran global termasuklah Malaysia.

Mengulas lebih lanjut, telefon pintar ini telah dikemaskini dengan model edisi terhad yang bertemakan salah satu karakter permainan Genshin Impact. Melaluinya, OnePlus Ace Pro Genshin Impact Limited Edition bertemakan Hu Tao telah diperkenalkan di China dengan kombinasi kemasan dan aksesori yang menarik. Turut difahamkan ini adalah telefon pintar edisi terhad bertemakan Genshin Impact yang kedua daripada OnePlus.

OnePlus Ace Pro Genshin Impact Limited Edition edisi Hu Tao dilengkapi kemasan tubuh berwarna coklat gelap dengan elemen grafik yang bertemakan watak permainan itu sendiri. Tiada sebarang perubahan spesifikasi dilakukan, sebaliknya ia sekadar disertakan antara muka tersesuai yang menarik untuk digunakan. Ini termasuklah gambar latar, animasi buka kekunci, gambar latar dan ikon aplikasi. Di samping itu, kebolehan Google Assistant turut telah dikostumasi dengan suara asal watak tersebut.

Dalam masa sama, kotak bungkusan peranti yang bewarna serba merah juga dilihat cukup menarik yang turut didatangkan dengan kepala pengecas, kerangka pelindung, pelekat dan poster khusus. Di China, telefon edisi terhad ini dijual pada harga RMB4299 (~RM2788) (16GB/256GB).

komen


© Amanz / 2022 Kami