Cari @ Amanz

Spotify kekal sebagai platform penstriman muzik terbesar dunia pada suku lalu dengan hampir setengah bilion pengguna aktif bulanan. Sungguhpun begitu Spotify kini mendakwa Apple masih melakukan amalan perniagaan anti pesaing proses membeli buku audio yang sukar pada ekosistem Apple.

Menurut Spotify cara membeli buku audio pada peranti Apple pada waktu ini menyukarkan pengguna. Beberapa cadangan yang diutarakan oleh Spotify bagi memudahkan pembelian telah ditolak Apple kerana melanggar terma dan syarat App Store. Amalan Apple ini tambah Spotify bukan sahaja menyukarkan mereka tetapi juga pengguna, penerbit buku audio dan penulis buku.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd