Samsung Maintenance Mode Yang Menyulitkan Data Ketika Peranti Dibaiki Kini Diberikan Kepada Pengguna Global

Diterbitkan pada Okt 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maintenance Mode diumumkan oleh Samsung pada Julai lalu dengan pada awalnya ia hanya diberikan kepada pengguna di Korea Selatan. Menerusi ciri ini pemilik peranti tidak perlu risau mengenai keselamatan data peranti semasa ia dihantar ke pusat baik pulih kerana data peribadi akan disulitkan.

Samsung hari ini mengumumkan Maintenance Mode mula diberikan kepada pengguna global yang menerima kemas kini One UI 5 secara berperingkat. Setakat ini hanya siri Galaxy S22 telah menerima One UI 5 yang berasaskan Android 13.

Tambah Samsung lain selain memastikan data peribadi seperti gambar, buku alamat dan maklumat kad kredit disulitkan menggunakan sistem Samsung Knox, Maintenance Mode juga akan memadam sebarang data yang dijana semasa peranti sedang menjalani proses baik pulih.

komen


© Amanz / 2022 Kami