Harga Jualan Nothing Ear (1) Di Malaysia Kini Meningkat Kepada RM599

Diterbitkan pada Okt 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Harga jualan untuk Nothing Ear (1) dilihat meningkat sebanyak RM100 sekaligus menjadikannya kini berharga RM599 sepasang.Sebagai rujukan, harga asal untuk fon telinga ini adalah RM499 pada awalnya ia dilancarkan tahun lalu. Ia bagaimanapun bukanlah suatu perkara yang mengejutkan kerana pihak Nothing sendiri pernah memaklumkan mengenai kenaikan harga berkenaan yang akan dibuat bermula hari ini. (26 Oktober 2022).

Nothing Ear (1) adalah dari jenis dalam telinga dengan putik silikon bagi menghasilkan sambungan ke telinga yang kedap. Sokongan pembatalan hingar aktif (ANC) disertakan sekali mengikut keperluan kesemua fon telinga premium semasa. Melaluinya, ia mempunyai pemacu audio sebesar 11.4-inci untuk pengalaman audio yang terang dan bass yang lantang.

Ia juga melepasi piawaian IPX4 yang membolehkannya kalis peluh dan sesuai digunakan untuk sesi bersukan. Dari segi ketahanan bateri pula, putik audio boleh beroperasi selama 4.5 jam dengan ANC dan sehingga 24 jam dengan bantuan pod pengecas merangkap pod simpanan. Tanpa ANC masa penggunaan boleh melangkau 30 jam.

komen


© Amanz / 2023 Kami