Carian
Andy Rubin Menubuhkan Simple Things Pula Selepas Kegagalan Essential
October 27, 2022 Effi Saharudin

Andy Rubin ialah Bapa Android kerana beliau yang menghasilkan sistem operasi yang kini digunakan lebih 70% peranti pintar global. Selepas terpalit dengan skandal di Google, beliau meninggalkan syarikat dan menubuhkan Essential. Syarikat ini menggulung tikar dua tahun lalu sebelum sempat melancarkan telefon pintar kedua dengan rekaan aneh memanjang.

Menurut laporan The Information, Andy Rubin kini kembali pula dengan Simple Things sebuah syarikat yang menghasilkan kelengkapan keselamatan rumah seperti kamera, sensor pengesan pergerakan, dan pelbagai perkakasan lain. Syarikat kini terdiri daripada beberapa bekas kakitangan Essential dan juga OSOM.

Sebelum Essential menggulung tikar, mereka sempat memperlihatkan beberapa prototaip sistem internet benda yang tidak sempat dijalankan. Ini mungkin sebab mengapa Rubin kini berubah kepada sistem rumah pintar pula yang persaingannya lebih rendah berbanding telefon pintar sekarang.

Komen