Montblanc Melancarkan Jam Tangan Pintar Summit 3 Edisi Naruto

Diterbitkan pada Okt 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Montblanc ialah jenama jam mewah yang bergaya. Mereka telah melancarkan jam tangan pintar Summit 3 awal tahun ini dan kin mereka melancarkan pula jam tangan yang sama dalam versi Naruto. Ia masih jam tangan yang sama cuma dengan muka jam bertemakan rancangan anime dan manga popular ini.

Montblanc Summit 3 x Naruto yang dihasilkan sempena ulang tahun ke-20 Naruto mempunyai tubuh berwarna hitam dengan tali jam berwarna oren yang sinonim dengan warna watak Uzumaki Naruto. Ia dilengkapi skrin 1.28-inch AMOLED, mengg ialah Qualcomm Snapdragon Wear 4100+, memori 1GB RAM, storan 8GB dan sistem operasi Wear OS 3.0. Jam tangan pintar mewah ini hadir dengan ciri standard menjejak tapak, kalori, nadi dan tidur.

Harga jualan Montblanc Summit 3 x Naruto pula ialah $1570 (~RM7420) yang lebih mahal berbanding Summit 3 biasa yang dijual pad harga RM5700 di Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami