Cari @ Amanz

Sebentar tadi, Xiaomi di China telah melancarkan siri Redmi Note 12 mereka. Ia adalah siri peranti kelas pertengahan premium yang menawarkan spesifikasi kelas mercu pada beberapa model. Model paling menarik pada kami adalah Redmi Note 12 Discovery Edition.

Ia hadir dengan spesifikasi sama dengan Redmi Note 12 Pro+, iairu skrin 6.67-inci OLED FHD+ 120Hz, dijana cip Dimensity 1080, memori 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB. Kamera pula adalah 200+8+2 Megapixel seakan Xiaomi 12T Pro dengan kamera swafoto 16MP.

Apa yang membezakan antara Redmi Note 12 Discovery Edition dengan Note 12 Pro+ adalah bateri. Peranti ini menggunakan bateri 4300mAh berbanding 5000mAh, tetapi kuasa pengecasan yang diberikan adalah 210W. Paling pantas dalam pasaran sekarang dengan dakwaan 0% sehingga 100% boleh dicas dalam masa 9 minit sahaja.

Peranti ini hanya hadir dengan variasi 8/256 GB pada harga RMB 2,399 iaitu sekitar RM1,565.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd