OnePlus 10T Mula Menerima Kemaskini Oxygen OS 13 Dalam Bentuk Beta Terbuka

Diterbitkan pada Okt 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus 10T adalah peranti mercu kedua dan terakhir OnePlus pada tahun 2022. Tetapi peranti ini mengorbankan banyak ciri seperti suis lungsur notifikasi, kamera Hasselblad dan binaan premium hanya untuk menyertakan Snapdragon 8+ Gen 1, SuperVOOC 150W dan menjual pada harga lebih murah berbanding OnePlus 10 Pro iaitu RM3,199.

Tetapi apa yang tidak dikorbankan adalah pengalaman Oxygen OS yang setaraf dengan versi Pro. Peranti ini sedia menjalankan Oxygen OS 12 berasaskan Android 12, tetapi turut dijanjikan akan menjadi peranti kedua menerima kemaskini Oxygen OS 13 berasaskan Android 13 selepas OnePlus 10 Pro.

Kini, OnePlus 10T mula menerima kemaskini Oxygen OS 13 Open Beta iaitu versi percubaan pertama untuk peranti ini sejak ia dilancarkan. Tetapi buat masa ini ia hanya terhad untuk pengguna di India sahaja.

Oxygen OS 13 akan hadir dengan rekaan baharu iaitu Aquamorphic mirip Color OS 13 pada peranti Oppo. Ia turut akan menawarkan lebih banyak pilihan kustomasi seperti penggunaan always-on display dengan sokongan Spotify, hadir dengan ciri pertukaran audio untuk TWS lebih pantas, ciri permainan yang diperbaharui serta sambungan Internet yang lebih lancar.

komen


© Amanz / 2022 Kami